Wednesday, August 18, 2010

WaNita SoleHaH










Wanita soleha menurut pandangan Islam.


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Si suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela kecuali kamu mampu membawa kalurga itu menuju jalan ke syurga. Yang belum kahwin tu perlu ingat juga, kamu terdedah kepada kemungkaran sebelom menuju hubungan yang halal. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.


Hadis Nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".

Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Ibnu - Majah.

Monday, August 9, 2010

AhLaN wa SaHLaN Ya RaMaDHaN.......




Mari kte same2 nasyidkan lagu ni ramai2 sempena menyambut bulan ramdhan pd esok hari.............hehhehehehee


ahlan wasahlan.....


marhaban.....

Ahlan Wasahlan ya ramadhan......(^_^)



Ketibaan Bulan Ramadhan

Umat Islam akan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan serta mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu marilah kita sama-sama mengucapkan ''Marhaban Ya Ramadhan". Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu disambut dan diterima dengan lapang dada dan penuh kegembiraan. "Marhaban Ya Ramadhan" (selamat datang Ramdhan) mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan keluhan.

Rasulullah sendiri sentiasa menyambut dgn gembira setiap kali kedatangan Ramadhan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu puasanya. Didlm bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yg lebih baik dari 1000 bulan.

Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Hr.Ahmad)

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu kerana kita mengharapkan agar jiwaraga kita diasah dan diasuh, utk melanjutkan perjalanan menuju ke pangkuan Allah. Perjalanan kpd Allah itu dilukiskan oleh ulama salaf sbg pengalaman yg penuh ujian dan rintangan. Ada gunung yang harus dihakis, Itulah nafsu. Di gunung itu ada lereng yang curam dan ganas pula perjalanannya tetapi apabila tekat tetap membaja sebentar lagi akan nampak cahaya terang-benderang dan saat itu akan nampak dengan jelas rambu-rambu jalan, nampak tempat-tempat yang indah utk berteduh serta telaga-telaga jernih utk melepaskan dahaga. Apabila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kenderaan Ar-Rahman utk menghantar musafir bertemu dengan kekasihnya.

Untuk sampai pada tujuannya, tentu diperlukan bekalan yg mencukupi. Bekalan itu
adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja utk memerangi nafsu agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadat kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.

Melangkah masuk gerbang puasa, bererti memasuki gerbang pertapaan dan latihan.
Oleh itu, sudah semestinya sebelum melangkahkan kaki kita perlu menyiapkan diri
serta menyediakan bekalan yang perlu. Bekalan serta latihan yg perlu disediakan ialah :

* mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa, agar apabila kita memasuki dan menjalani ibadah puasa itu dengan pengetahuan yang diperbaharui dengan mempunyai pedoman yang baik dan petunjuk yang sempurna.

* memperlihatkan kegembiraaan dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa, sebagaimana dilalui Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.


* Memperbanyakkan doa semoga Allah memberikan tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah mentaufikkan kita supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas, jauh daripada perasaan riak, ujud, sumah dan segala penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

Kata Al Mualia ibn Fadlil: "Para sahabat membahagi tahunnya kepada dua bahagian. Bahagian pertama, mereka menggunakannya untuk memohon kepada Allah agar menerima.puasa yang dilaksanakan. Bahagian kedua, mereka menggunakan nya utk berdoa, memohon dan mengharap kepada Allah agar memberikan tenaga dan kekuatan untuk melaksanakan puasa yg akan datang itu." (Lathaiful Ma'rif 156)

* Menguatkan semangat untuk menjalankan latihan dengan sempurna, agar kita memperolehi kesan-kesan yg diharapkan daripada berpuasa itu. Bulan puasa itu adalah bulan latihan jihad, memerangi hawa nafsu serta tamak haloba.

Bulan puasa itu juga adalah bulan bercucuk tanam untuk AKHIRAT, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan mensucikan diri daripada pelbagai dosa serta menghias diri dengan budi pekerti yang ti nggi. Oleh itu, kita perlu menyiapkan diri bagi menunaikan segala hak puasa.

* Menyediakan diri utk menjaga benih-benih amalan yang kita tanam pada bulan Ramadhan. Ini adalah kerana jika seseorang menanam benih, tidak menyiraminya dan tidak menjaganya dengan baik, akan mengeluh dan menggigit jari ketika menuai kelak iaitu ketika dihadapan ALLAH SWT

* Membuang adat tradisi yang memberatkan. Kita dapati sebahagian besar umat Islam menanti kehadiran bulan puasa dengan memberatkan diri dalam urusan pembelanjaan. Pelbagai barangan dibeli untuk menyambut puasa.

Seorang ulama Salaf menjual jariahnya kepada seorang saudagar hartawan, maka ketika jariah itu melihat betapa besar himmah tuannya yang kaya raya itu dalam menyediakan makanan puasa, dia bertanya kepada tuannya itu; "Untuk apakah tuan menyediakan makanan ini, selama yang sudah-sudah, tuan tidak sesungguh ini mendari dan mengumpulkannya?" Saudagarhartawan itu menjawab, "Untuk bulan puasa yang sedikit hari lagi akan tiba".

Mendengar jawapan tuannya, jariah itu berkata, "Kiranya tuan tidak pernah berpuasa selain daripada puasa bulan Ramadhan dan kiranya tuan mengadakan puasa Ramadhan itu untuk bersedap-sedapan dan membanyakkan makanan, saya tidak dapat bersama tuan, sudilah kiranya tuan menjual saya kembali kepada tuan saya yang dahulu." (Lathaiful Ma?rif 155)

Memberatkan diri dan boros berbelanja kerana puasa adalah keadaan yang tidak sekali-kali disukai syarak. Syarak menyuruh kita membanyakkan memberi makanan kepada fakir miskin dan memenuhi dengan sempurna hak keluarga, bukan menyuruh kita membanyakkan makanan pada bulan puasa ini.

Itulah bekalan serta latihan yang perlu kita laksanakan bagi menyambut kehadiran Ramadhan.

Bekalan serta latihan itu sewajarnya membantu kita melaksanakan ibadat puasa dengan penuh nikmat serta memenuhi kehendak agama Islam.

Rasulullah mempunyai tatacaranya tersendiri ketika menyambut Ramadhan.

Pertama : Baginda memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Aisyah yang bermaksud:

"Adalah Rasulullah saw kadangkala terus menerus berpuasa, hingga kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah berbuka dan kadangkala terus berbuka hingga kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW.menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat baginda banyak berpuasa sebagaimana puasa di bulan Syaaban."

Kedua:Mengadakan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menyambut Ramadhan.

Pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasulullah berceramah di hadapan golongan sahabat utk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman yang bermaksud:

"Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah dihadapan kami. Maka baginda bersabda: 'Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya . Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga
dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada satu malam yang terlebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka "Selamat datanglah" kepadanya. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu akan sentiasa dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah menjadikan puasanya satu kewajipan dan qiam pada malam harinya suatu tatawwu?.

Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yg menunaikan sesuatu fardu pada bulan lainnya.

Ramadhan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga.

Ramadhan itu adalah bulan yg memberikan pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya.

Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka. Orang yang memberikan makanan itu akan memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir kurma, atau seteguk air atau sehirup susu.

Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan dan akhirnya kemerdekaan daripada neraka.

Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (membantunya) nescaya Allah mengampuni dosanya.

Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara pada bulan Ramadhan. Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Allah dan dua perkara lagi kamu sangat menghayatinya. Dua perkara yg pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepadanya.Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan daripada neraka.

Barang siapa memberi minum orang yang berpuasa,nescaya Allah memberi minum kepadanya daripada kolam-Ku dengan sekali minum, dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya sehingga dia masuk ke dalam syurga.

Berdasarkan hadis ini maka sudah sewajarnya ketika mengakhiri bulan Syaaban untuk memasuki bulan Ramadhan, kita mengadakan pertemuan atau ceramah bagi memberi panduan kepada masyarakat iaitu apa yang perlu dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan kelak.

Ketiga: mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan An Nasa-i dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sentiasa menggembirakan kalangan sahabat atas kedatangan bulan Ramadhan.

Rasulullah menggembirakan kalangan sahabat dengan hadisnya yang bermaksud : "Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahmu berpuasa didalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan."

Berdasarkan penerangan hadis ini, perlulah kita mengucapkan tahniah sebagai tanda kegembiraan menyambut bulan yang berbahagia ini.

Kita perlu memberi ucap selamat ke atas kedatangan bulan yang dibuka didalamnya segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta dibelenggu segala syaitan.

Justeru bagi menyambut kehadiran Ramadhan ini kita berusahalah mengikuti segala garis panduan yang dinyatakan. Semoga kehadiran bulan Ramadhan ini akan memberi cahaya keimanan yang lebih terang buat kita semua.
Marilah kte same2 menghayati bulan ramadhan dengan khusyuk dan tenang. sesungguhnya bulan ramdhan adalah bulan yg mulia dan bulan yg byk mendekatkan diri kte dgn yg Maha Esa....
p/s: Moga ramadhan kali ni memberi keberkatan pd kte semua dan lebih baik dr ramadhan yg lepas..moga ramadhan kali ini kte dpt mghayati malam lailatul qadar....ameeenn ya rabb....