KunJuNgaN iLMu

" Allah pemberi cahaya kpd langit & bumi. P’umpamaan cahayaNya sprti sbuah lubang yg tdk tembus yg di dlmnya ada pelita besar. Pelita itu di dlm tabung kaca & tabung kaca itu bagaikn bintang yg berkilauan yg dinyalakn dgn minyak dr pohon yg diberkahi iaitu pohon zaitun yg tumbuh tdk di timur & tdk pula di barat, yg minyaknya (saja) hampir2 mnerangi wlaupn tdk dsentuh api. Cahaya di ats cahaya (berlapis2), Allah mmberi ptunjuk kpd cahayaNya bg org yg Dia kehendaki & Allah mmbuat perumpamaan2 bg manusia. Allah maha mengetahui segala sesuatu" {surah AN-NUR :35}


Sunday, December 5, 2010

MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM





Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tahun baru 1432 Hijriyah tahun ini mudah diingati kerana ketibaannya hampir serentak dengan tahun baru 2011 Masihi. Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.

Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;


1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan


Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.


2. Berpuasa Sunat


Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunat pada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain. Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram.

Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.


3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram


Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak( tidak diterima”).Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;

1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).

2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)


Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam.

Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.


4. Memasak Bubur ‘Asyura

Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nabi Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.


5. Doa Awal Tahun

Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)

Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.


* Konklusinya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak. Fikir-fikirkanlah….

Wednesday, December 1, 2010

.:: | Jagalah Pandangan Matamu | ::.



Allah berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [An-Nur 24:30]

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur 24:31]

Tuesday, November 30, 2010

KELEBIHAN AYAT-AYAT MANZIL


Ramai dikalangan umat islam yg tidak mengetahui apa itu "MANZIL", apabila di tanya ada yb bru prtama kali dengar n ada yg pernah dengar tp tidak tahu apa isi kandungannya dan ada juga yg tidak tahu trlalu banyak fadhilat & kelebihan didalamnya dan kpd sesiapa yang membacanya. Marilah kita sama2 berkongsi tentang kelebihan2 ayat manzil ini.

‎" Dan kami turunkan dari al-Qur'an suatu yg menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yg beriman dan Al-Qur'an itu tidaklah menambah kpd orang-orang yg zalim selain kerugian". ~ Al-Isra' juz 15 ayat 82~


'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa'(penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dlm kitab "HAYATUS SAHABAH" (Jld 3 ms 374)yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah.Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan Tirmizi.

Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :Sewaktu bersama Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat,"Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Penyakit apa?"bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila"menjawab orang tersebut.Rasulullah membacakan surah al-fatihah,4 ayat pertama Surah Al-Baqarah .Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid....,ayat Kursi dan dua ayat seterusnya ,3 ayat terakhir al-Baqarah,ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun(Fataaalallahuuumalikul haq...,ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala),sepuluh ayat pertama surah Wassaat,tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr,Surah al-ikhlas,Surah al-Falaq dan surah AN nas.

Fadhilat Manzil ini terlalu banyak .Dari pengalaman kebanyakan orang,Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir,jin dan lain-lain.Dua cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat2 tersebut ataupun org lain boleh membacakan dan menghembus di atas air.Air ini diminum oleh pesakit.

Selain "Manzil" terdapat juga ayat"MUNJIYAT" yang diperolehi dari pengalaman Ibn Sireen Rah untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat-ayat syifa' dari pengalaman Imam Abu Qassim Qushairi .

Suatu perkara yang sgt penting dalam mengamalkan ayat-ayat "Manzil " ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada allah SWT).Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat .Tidak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.

Marilah kita sama2 mengamalkannya dalam waktu seharian kita....inialah mukjizatnya Ayat-ayat Al-Quran yg diturunkan oleh Allah kpd umat islam. setiap penyakit pasti ada penawarnya. moga kita sntiasa dilindungi dr malapetaka dan hal-hal duniawai.....ameen ya rabb

Sunday, September 26, 2010

Sajer-sajer....

ehhhhmmm...dah lame rasanye blog ini merindui tuannya untuk di isi dgn ilmu2 yg mnfaat.......dek krana kesibukan waktu yg terhad so xdpt lah nk mengisi ruang masa dgn menulis blog.....
belum terlambat lagi daku ingin ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.......sebenarnya byk yg ku ingin kongsikn crita-crita yg menarik di cnie tp ntah knape hari nie mood utk brcerita xsmpai2 lg......tp yg penting mood skrgku adalah mood merindui zaman2 sewaktu ak sekolah....Rindunyerr kat kwn2 lame yg byk berkongsi suka duka brsama ku.......hujan gerimis diluar sane seperti gerimisnye perasaan ku ini mengenangkn sahabat2ku di luar sana yg sdg menuntut ilmu.....wlaupn kalian jaun namun ttp dekat di hatiku='(((........
walaupn hari raya ritu dpt braye dgn kwn2 tp ttp trase sedih cz xsume dpt kumpul lg2 rindu same sarah, izat, alep, cemah,eah, ayu, mira, ajlaa, tika shuhada, nurul, rei, isma dan laen2.......
mase bln pose ritu pn pi skejap SMAPR brsama temanku suraya, dptlah brjumpa dhn adk2 junior, tp waktu tu hati nie tibe2 je trase sayu ;'( cz trase diri ini ingin mengulang kembali zaman prsekolahan.......teringat kenakalan dolu2, suka duka brsama2 dgn rakan2....
ehmm...kdg2 pn terketawa sndiri terngat kisah dolu2 yg melucukn...mcm2 karenah kami duduk di asrama....tp kenangan sumenye susah nk dapat skrg nie......plg xdpt lupakan same2 solat brjemaah, mkn brsama2 di cafe, maen2 di wktu ptg, joging sekeliling kmpung slepas subuh dan mcm2 lg........
tp wlau ape pn, itulah lumrah kehidupan...msg2 ade kenangan.....nk di jadikn crita, msg2 mrasai zamn prsekolah yg sgt menarik...wlaupe pn hidup perlu diteruskan, perjuangan perlu digapai bg memenuhi impian dan ilmu yg serba serbi kekurngan dlm diri ini.........


p/s: bilakah kte dpt brtemu kembali???? hope dpt brjumpa bila ade reunion nti......... ist generation ( KEIKHLASAN PUNCAK PERSAHABATAN KEKAL)....

Wednesday, August 18, 2010

WaNita SoleHaH










Wanita soleha menurut pandangan Islam.


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Si suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela kecuali kamu mampu membawa kalurga itu menuju jalan ke syurga. Yang belum kahwin tu perlu ingat juga, kamu terdedah kepada kemungkaran sebelom menuju hubungan yang halal. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.


Hadis Nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".

Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Ibnu - Majah.

Monday, August 9, 2010

AhLaN wa SaHLaN Ya RaMaDHaN.......




Mari kte same2 nasyidkan lagu ni ramai2 sempena menyambut bulan ramdhan pd esok hari.............hehhehehehee


ahlan wasahlan.....


marhaban.....

Ahlan Wasahlan ya ramadhan......(^_^)



Ketibaan Bulan Ramadhan

Umat Islam akan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan serta mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu marilah kita sama-sama mengucapkan ''Marhaban Ya Ramadhan". Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu disambut dan diterima dengan lapang dada dan penuh kegembiraan. "Marhaban Ya Ramadhan" (selamat datang Ramdhan) mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan keluhan.

Rasulullah sendiri sentiasa menyambut dgn gembira setiap kali kedatangan Ramadhan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu puasanya. Didlm bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yg lebih baik dari 1000 bulan.

Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Hr.Ahmad)

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu kerana kita mengharapkan agar jiwaraga kita diasah dan diasuh, utk melanjutkan perjalanan menuju ke pangkuan Allah. Perjalanan kpd Allah itu dilukiskan oleh ulama salaf sbg pengalaman yg penuh ujian dan rintangan. Ada gunung yang harus dihakis, Itulah nafsu. Di gunung itu ada lereng yang curam dan ganas pula perjalanannya tetapi apabila tekat tetap membaja sebentar lagi akan nampak cahaya terang-benderang dan saat itu akan nampak dengan jelas rambu-rambu jalan, nampak tempat-tempat yang indah utk berteduh serta telaga-telaga jernih utk melepaskan dahaga. Apabila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kenderaan Ar-Rahman utk menghantar musafir bertemu dengan kekasihnya.

Untuk sampai pada tujuannya, tentu diperlukan bekalan yg mencukupi. Bekalan itu
adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja utk memerangi nafsu agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadat kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.

Melangkah masuk gerbang puasa, bererti memasuki gerbang pertapaan dan latihan.
Oleh itu, sudah semestinya sebelum melangkahkan kaki kita perlu menyiapkan diri
serta menyediakan bekalan yang perlu. Bekalan serta latihan yg perlu disediakan ialah :

* mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa, agar apabila kita memasuki dan menjalani ibadah puasa itu dengan pengetahuan yang diperbaharui dengan mempunyai pedoman yang baik dan petunjuk yang sempurna.

* memperlihatkan kegembiraaan dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa, sebagaimana dilalui Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.


* Memperbanyakkan doa semoga Allah memberikan tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah mentaufikkan kita supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas, jauh daripada perasaan riak, ujud, sumah dan segala penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

Kata Al Mualia ibn Fadlil: "Para sahabat membahagi tahunnya kepada dua bahagian. Bahagian pertama, mereka menggunakannya untuk memohon kepada Allah agar menerima.puasa yang dilaksanakan. Bahagian kedua, mereka menggunakan nya utk berdoa, memohon dan mengharap kepada Allah agar memberikan tenaga dan kekuatan untuk melaksanakan puasa yg akan datang itu." (Lathaiful Ma'rif 156)

* Menguatkan semangat untuk menjalankan latihan dengan sempurna, agar kita memperolehi kesan-kesan yg diharapkan daripada berpuasa itu. Bulan puasa itu adalah bulan latihan jihad, memerangi hawa nafsu serta tamak haloba.

Bulan puasa itu juga adalah bulan bercucuk tanam untuk AKHIRAT, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan mensucikan diri daripada pelbagai dosa serta menghias diri dengan budi pekerti yang ti nggi. Oleh itu, kita perlu menyiapkan diri bagi menunaikan segala hak puasa.

* Menyediakan diri utk menjaga benih-benih amalan yang kita tanam pada bulan Ramadhan. Ini adalah kerana jika seseorang menanam benih, tidak menyiraminya dan tidak menjaganya dengan baik, akan mengeluh dan menggigit jari ketika menuai kelak iaitu ketika dihadapan ALLAH SWT

* Membuang adat tradisi yang memberatkan. Kita dapati sebahagian besar umat Islam menanti kehadiran bulan puasa dengan memberatkan diri dalam urusan pembelanjaan. Pelbagai barangan dibeli untuk menyambut puasa.

Seorang ulama Salaf menjual jariahnya kepada seorang saudagar hartawan, maka ketika jariah itu melihat betapa besar himmah tuannya yang kaya raya itu dalam menyediakan makanan puasa, dia bertanya kepada tuannya itu; "Untuk apakah tuan menyediakan makanan ini, selama yang sudah-sudah, tuan tidak sesungguh ini mendari dan mengumpulkannya?" Saudagarhartawan itu menjawab, "Untuk bulan puasa yang sedikit hari lagi akan tiba".

Mendengar jawapan tuannya, jariah itu berkata, "Kiranya tuan tidak pernah berpuasa selain daripada puasa bulan Ramadhan dan kiranya tuan mengadakan puasa Ramadhan itu untuk bersedap-sedapan dan membanyakkan makanan, saya tidak dapat bersama tuan, sudilah kiranya tuan menjual saya kembali kepada tuan saya yang dahulu." (Lathaiful Ma?rif 155)

Memberatkan diri dan boros berbelanja kerana puasa adalah keadaan yang tidak sekali-kali disukai syarak. Syarak menyuruh kita membanyakkan memberi makanan kepada fakir miskin dan memenuhi dengan sempurna hak keluarga, bukan menyuruh kita membanyakkan makanan pada bulan puasa ini.

Itulah bekalan serta latihan yang perlu kita laksanakan bagi menyambut kehadiran Ramadhan.

Bekalan serta latihan itu sewajarnya membantu kita melaksanakan ibadat puasa dengan penuh nikmat serta memenuhi kehendak agama Islam.

Rasulullah mempunyai tatacaranya tersendiri ketika menyambut Ramadhan.

Pertama : Baginda memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Aisyah yang bermaksud:

"Adalah Rasulullah saw kadangkala terus menerus berpuasa, hingga kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah berbuka dan kadangkala terus berbuka hingga kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW.menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat baginda banyak berpuasa sebagaimana puasa di bulan Syaaban."

Kedua:Mengadakan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menyambut Ramadhan.

Pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasulullah berceramah di hadapan golongan sahabat utk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman yang bermaksud:

"Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah dihadapan kami. Maka baginda bersabda: 'Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya . Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga
dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada satu malam yang terlebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka "Selamat datanglah" kepadanya. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu akan sentiasa dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah menjadikan puasanya satu kewajipan dan qiam pada malam harinya suatu tatawwu?.

Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yg menunaikan sesuatu fardu pada bulan lainnya.

Ramadhan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga.

Ramadhan itu adalah bulan yg memberikan pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya.

Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka. Orang yang memberikan makanan itu akan memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir kurma, atau seteguk air atau sehirup susu.

Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan dan akhirnya kemerdekaan daripada neraka.

Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (membantunya) nescaya Allah mengampuni dosanya.

Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara pada bulan Ramadhan. Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Allah dan dua perkara lagi kamu sangat menghayatinya. Dua perkara yg pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepadanya.Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan daripada neraka.

Barang siapa memberi minum orang yang berpuasa,nescaya Allah memberi minum kepadanya daripada kolam-Ku dengan sekali minum, dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya sehingga dia masuk ke dalam syurga.

Berdasarkan hadis ini maka sudah sewajarnya ketika mengakhiri bulan Syaaban untuk memasuki bulan Ramadhan, kita mengadakan pertemuan atau ceramah bagi memberi panduan kepada masyarakat iaitu apa yang perlu dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan kelak.

Ketiga: mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan An Nasa-i dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sentiasa menggembirakan kalangan sahabat atas kedatangan bulan Ramadhan.

Rasulullah menggembirakan kalangan sahabat dengan hadisnya yang bermaksud : "Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahmu berpuasa didalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan."

Berdasarkan penerangan hadis ini, perlulah kita mengucapkan tahniah sebagai tanda kegembiraan menyambut bulan yang berbahagia ini.

Kita perlu memberi ucap selamat ke atas kedatangan bulan yang dibuka didalamnya segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta dibelenggu segala syaitan.

Justeru bagi menyambut kehadiran Ramadhan ini kita berusahalah mengikuti segala garis panduan yang dinyatakan. Semoga kehadiran bulan Ramadhan ini akan memberi cahaya keimanan yang lebih terang buat kita semua.
Marilah kte same2 menghayati bulan ramadhan dengan khusyuk dan tenang. sesungguhnya bulan ramdhan adalah bulan yg mulia dan bulan yg byk mendekatkan diri kte dgn yg Maha Esa....
p/s: Moga ramadhan kali ni memberi keberkatan pd kte semua dan lebih baik dr ramadhan yg lepas..moga ramadhan kali ini kte dpt mghayati malam lailatul qadar....ameeenn ya rabb....